Blog ini boleh berubah...
Tapi cerita tuannya... tidak pernah berubah

[Klik untuk entri semasa]




<< January 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, January 01, 2009
Apakah Ada Bedanya


Sejak dari malam tadi lagi, SMS datang bertalu-talu, intinya mengucapkan Selamat Tahun Baru.  Tahun Baru? Tiada yang indah bagi saya dan tidak terlalu banyak bezanya.

"Apakah ada bedanya..." Tanya Ebiet G Ade.

Di satu sudut, kaum proletar bergembira, gegak gempita, sorak sorai sambil berpura-pura lupa untuk berfikir tahun baru ini, APA yang akan dimakan.

Di satu tempat, kaum borjuis bergembira, gegak gempita, sorak sorai sambil berfikir tahun baru ini, SIAPA yang akan dimakan.

Apakah ada bezanya setelah piring dan gelas kosong, mercun dan trompet tahun baru tidak lagi menyalak membingit telinga? Tidur? Senyap sunyi?

"Apakah ada bedanya..." Ebiet G Ade diam sebentar sambil memetik gitarnya. "...ketika kita bertemu dengan saat kita berpisah?" katanya menyambung pertanyaan.

Entahlah kata saya.  Mungkin tiada bezanya, seperti tahun-tahun sudah, kemenangan selalu berpihak kepada kaum borjuis.


Selamat Tahun Baru... hehehe...



Posted at 05:54 am by barambang

Rem
January 5, 2009   08:33 AM PST
 
Apa bedanya?

Tinggal di kaki gunung dengan tinggal di tepi laut? Ada bezanya ambalut.

Mari datang ke Sabandar untuk merasai apa bedanya. Lama sudah kita tidak jumpa, kan. :)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry