Blog ini boleh berubah...
Tapi cerita tuannya... tidak pernah berubah

[Klik untuk entri semasa]




<< May 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, May 03, 2009
Manny Pacquiao



Baca sini, sini atau sini.

Jalanraya utama di Manila tiba-tiba menjadi lengang.  Kanak-kanak, tua dan muda semua berkumpul di rumah.  Tentera-tentera kerajaan Filipina yang sepatutnya ke medan perang untuk menghapuskan tentera Muslim berkumpul di markas masing-masing.  Begitu pula dengan tentera-tentera MILF berbondong-bondong mencari kediaman terdekat dan melupakan sebentar bunyi bedilan tentera kerajaan.

Pada hari itu, seluruh warganegara Filipina duduk di hadapan peti televisyen untuk menonton hero tinju mereka Manny Pacqiuao untuk menumbangkan peninju British Ricky Hatton. 

Keputusannya, Pacqiuao mengalahkan Hatton dengan KO dalam pusingan kedua.

Seluruh Manila gegak gempita.  Penjual ikan di Keningau yang sebangsa dengan mereka pun bersorak kegembiraan.  Presiden Gloria Macapagal Arroyo yang masih dalam kunjungan rasmi di Mesir turut menerima berita gembira itu dan mengumumkan hari Isnin ini sebagai cuti umum Filipina untuk menyambut kepulangan Pacqiuao.

Pacqiuao berjaya menghentikan seketika ketegangan tentera kerajaan dengan MILF.  Andai kata Pacqiuau bertarung setiap hari, adakah peperangan MILF dan tentera kerajaan di selatan Filipina akan berhenti?  Dan sekiranya keamanan dapat dikekalkan di wilayah berkenaan, adakah memberi kesan kepada populasi pilak di Kota Kinabalu?




Posted at 09:18 pm by barambang

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry